PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyokong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menghina agama.
Menurut Guan Eng, walaupun Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara tetapi ia tidak harus disalahguna sehingga menghina, mengcerca dan menfitnah orang lain, beliau berkata kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Kepada Yayasan Restu Ke Arah Pengurusan Mencetak dan Menyebar Al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.