WASHINGTON – Pengarah Biro Siasatan Persekutuan mengesahkan buat kali pertama agensi itu sedang menyiasat dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016.
Bagaimanapun, James Comey berkata, agensi itu tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan Presiden Donald Trump yang telefonnya telah dirakam oleh pentadbiran Barack Obama.
Beliau memberi bukti kepada jawatankuasa perisikan kongres.
Pentadbiran Presiden berkata, apa-apa telah berubah dan tiada bukti pakatan sulit Trump-Rusia.
Rusia juga sentiasa menafikan mempengaruhi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
Siasatan FBI akan mengenal pasti kemungkinan pembabitan beberapa individu dalam kempen Trump dan kerajaan Rusia.
Juga menyiasat sama ada berlaku penyelarasan kerjasama antara kempen Trump dan Rusia, kata Comey.
FBI akan akses sama ada wujud jenayah dalam isu tersebut.
“Siasatan itu sangat kompleks dan kita akan ikut fakta yang membawa kepada siasatan. Tidak ada penentuan tarikh muktamad bila siasatan dapat dilengkapkan,” kata Comey. – MalaysiaGazette