KUALA LUMPUR – “Saya tak niat nak tuju pada sesiapa tapi kalau ia menjadi perkara sensitif, saya merendah diri dan minta maaf.”
Itu penjelasan veteran UMNO Selangor, Datuk Satim Diman yang juga Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor dan Ketua UMNO Bahagian Puchong.
Menurut laporan Sinar Harian, beliau bagaimanapun mempertahankan isi kandungan ceramahnya sebelum ini.
Beliau juga mengandaikan pihak ahli keluarga bekas ADUN terlibat hanya memahami isi tersirat bukan maksud tersurat dalam kenyataannya.
“Dah takdir ilahi dan kebetulan wakil rakyat PH yang meninggal. Dan hkmahnya bila jadi macam ini Pas dan UMNO boleh bergabung, tak bergaduh serta ada kerjasama. Salah ke?” soalnya lagi.
Sebelum itu, Satim dikatakan mengaitkan kematian beberapa ADUN PH di Selangor sebagai amaran Allah dan supaya rakyat memilih parti pembangkang.
Ia kemudian menimbulkan rasa kecewa beberapa keluarga ADUN PH yang mahu Satim memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
VIDEO: Balu dan keluarga beri dua hari untuk Satim Diman minta maaf