Home Utama Bossku jenis tak tahu malu – Tun M

Bossku jenis tak tahu malu – Tun M

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat tangan bersama calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali dah ahli majlis tertinggi Pakatan Harapan pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Tesco Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menempelak Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang tidak tahu malu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, bekas Perdana Menteri itu masih lagi boleh berseronok walaupun berdepan dengan banyak pendakwaan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut pelik kerana masih ada penyokong yang masih setia dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

“Bossku tak malu langsung dan seronok pula. Kita kalau mencuri sorok sikit. Ini tak malu.

“Saya kadang-kadang buat salah tapi tidak salah tolak Najib. Beliau fikir akan jadi balik Perdana Menteri.

“Najib sudah tumbang, Barisan Nasional sudah mati dan UMNO sudah tidak ada. Sia-sia sahaja pilih calon BN sebab parti itu sudah tidak ada.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Yang ada UMNO itu pun nama sahaja sudah hancur pun kerana ramai pilih nak masuk Bersatu,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan di sini malam ini.

Hadir sama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad dan beberapa pemimpin kanan PH antaranya dua Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lim Guan Eng.

Antara lain Naib Timbalan Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Azmin Ali, Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan calon PH, Muhammad Aiman Zainali.

Mahathir menambah, panggilan Bossku kepada Najib itu perlu difikirkan semula.

Ini kerana perkataan boss berasal dari Amerika Syarikat yang dikuasai orang kulit ketika itu memanggil hamba iaitu orang kulit hitam dengan gelaran itu.

“Jadi takkan kita jadi hamba? Bossku pula bukan sebarang orang kerana penyangak, pencuri dan penyamun. Orang Utara kata kawaq,” katanya.

Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, beliau menyertai UMNO sejak tahun 1946 sebagai ahli kerana perjuangan parti itu melawan Malayan Union ketika itu.

“Saya ahli hingga jadi presiden parti itu bukan bermakna saya ikat diri dengan UMNO kerana saya ikat diri kerana perjuangan bukan parti.

“Bila parti tidak ada perjuangan lagi saya keluar UMNO. Saya jenis cakap kasar. Saya tidak peduli pemimpin atau tidak.

“Saya tegur Tunku Abdul Rahman saya kena buang parti. Pemimpin bila tidak boleh tegur dia akan seleweng dan mencuri.

“Saya tegur saya disingkirkan jadi saya seberang ke laut luas dengan parti lawan yang dulu gelar saya Mahazalim
dan Mahafiraun.

“Dalam politik boleh cakap macam-macam. Tapi bila perjuangan kami saya dan ketika itu saya hendak jatuhkan Najib sama dengan dengan parti lawan,” katanya.

Mahathir menegaskan, pimpinan UMNO sudah rosak sebagai parti yang berhutang berbilion ringgit.

“Alhamdulillah Najib pun jatuh bukan kerana saya sangat tapi rakyat yang tolak beliau. PH menang Pilihan Raya Umum kerana kuasa rakyat jatuhkan Najib dan kini beliau lihat lawan tubuh kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette