Home Utama Raja Petra itu penipu, kenapa percaya dia? – Tun M

Raja Petra itu penipu, kenapa percaya dia? – Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa dengan melihat replika rumah pada Majlis Pelancaran Expo Hartanah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyoal kembali pemberita yang mahu mendapatkan pandangannya mengenai dakwaan blogger,Raja Petra Kamarudin.

Ia kononnya melibatkan kebocoron kertas siasatan membabitkan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Dakwaan itu membabitkan beberapa pimpinan kanan DAP termasuk setiausaha agungnya, Lim Guan Eng yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Kata Mahathir, Raja Petra yang juga pengasas serta penulis portal Malaysia Today itu sebenarnya pembohong besar dan menyoal mengapa masih ada orang mempercayai setiap pembohongan beliau.

“Dia (Raja Petra) asyik berbohong pada setiap masa dan anda semua (wakil media) masih mahu terus mempercayainya?” soalnya selepas merasmikan Majlis Kempen Pemilikan Rumah 2019 (HOC) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini petang tadi.

Mahathir mengulas dakwaan Raja Petra yang telah mengeluarkan beberapa siri artikel yang memaparkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas terowong dan projek jalan raya dengan anggaran RM6.3 bilion sebelum ini.

Berdasarkan artikel-artikel tersebut, beberapa exco kerajaan Pulau Pinang dinamakan dalam dokumen tersebut.

Susulan daripada itu, SPRM telah membuat laporan polis berhubung pendedahan tersebut semalam tanpa memberikan sebarang butiran kandungan laporan itu.

SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan. –MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kalau tak ada angin pohon tak akan bergoyang…bohong atau tidak kerajaan tidak boleh lepas tangan mengatakan RPK berbohong. Rakyat juga boleh kata Kerajaan PH berbohong dah lihat bagaimana kes LGE boleh digugurkan begitu saja . Bila berkuasa semua bloeh berlaku mengikut caturan .The truth must prevail

Comments are closed.