Home Nasional Kain rentang Rosmah sudah dikoyakkan

Kain rentang Rosmah sudah dikoyakkan

SEMENYIH – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bertindak sebagai hero apabila mengoyakkan kain rentang provokasi oleh pihak Pakatan Harapan (PH) sebentar tadi.

Beliau yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baru, bertindak demikian sebaik sahaja menerima laporan daripada penyokong Barisan Nasional (BN) mengenai kain rentang berkenaan.

Lokman pada mulanya berkata sesuatu kepada penyokong PH sebelum bertindak mengoyakkan kain rentang yang memaparkan wajah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Datuk Seri Najib Razak.

Kain rentang yang tertulis ‘Malu Apa Bossku…???Siapa Boss?? Akulah Boss.. Ingat Najib Ke!’ dipasang di Pusat Pengundian Sesapan Batu Rembau di Beranang awal pagi tadi.

Pemasangan kain rentang itu telah mencetuskan kekalutan di antara penyokong PH dan BN.

Malah, individu yang dipercayai bertanggungjawab memasang kain rentang berkenaan juga berbalah dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan enggan menurunkan kain rentang tersebut. -MalaysiaGazette