KUALA LUMPUR – Zakaria Hanafi yang diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih diyakini dapat berkhidmat dengan cemerlang.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin turut mengucapkan tahniah kepada Zakaria.
“Tahniah kepada YB Zakaria Hanafi atas kemenangan di DUN Semenyih. Saya yakin YB dapat berkhidmat dengan cemerlang,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada mengundi di Semenyih.
Calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih selepas menewaskan empat pencabarnya.
Zakaria berjaya mengenepikan pencabar terdekatnya dengan memperoleh 19,780 undi.
Manakala calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang memperoleh 17, 866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) mendapat 847 undi dan calon Bebas Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ 725 undi.
– MalaysiaGazette
Samada kamu ini bodoh atau terlebih bijak.
Nak berkhidmat mcm mana, nak ambil duit dari mana selain Allocation ADUN yg di beri atas Ehsan PH yg memerintah, hinggakan Najib-Yg-Tak-Perlu-Rasa-Malu atas arahan “BOSS NYA-ROSMAH”, meminta agar PH kotakan Janji NYA di Semenyih.
Bagaimana ketika dahulu, bila BN kalah di sesuatu kawasan, perlu ke BN mengotakan Janji2 mereka?
Perhatikan saja Janji utk membina Hospital Padang Besar, dah berkurun tak juga siap siap.
..bila tiba, PH, sibuk pulak menagih janji.