Home Ekonomi Harga minyak dunia stabil

Harga minyak dunia stabil

SYDNEY – Harga minyak dunia kukuh dalam dagangan hari ini selepas Amerika Syarikat dan China dilaporkan akan menandatangani perjanjian perdagangan bagi mengakhiri pertikaian tarif yang mengancam pasaran kewangan dan menyebabkan ketidaktentuan ekonomi global.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$65.25 setong pada 0022 GMT, naik 0.3 peratus dari harga penutup. Brent susut 1.5 peratus pada hari Jumaat.

Minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) pula didagangkan pada AS$56.05 setong, naik 0.5 peratus selepas jatuh 1.5 peratus pada Jumaat lalu.

Harga minyak melonjak selepas Amerika Syarikat dan China akhirnya akan memuktamadkan perjanjian, mengurangkan kebimbangan tentang permintaan pertumbuhan global.

“Keyakinan tinggi untuk Amerika Syarikat dan China memuktamadkan perjanjian pada bulan ini,” kata Edward Moya, penganalisis kanan OANDA – MalaysiaGazette