NEW DELHI – India akan mengeluarkan senapang Avtomat Kalashnikov, AK-203 untuk tenteranya berikutan rancangan negara itu mahu menghentikan penggunaan raifal tempur INSAS yang telah usang.
Kilang Kalashnikova yang terletak di Uttar Pradesh itu dilancarkan Perdana Menteri India, Narendra Modi di bandar Amethi semalam, lapor RT.
Raifal terbaharu Kalashnikov itu akan membantu tentera India menentang kumpulan pengganas dan puak pemisiah, kata Modi.
Modi turut menyampaikan penghargaan ‘kepada kawan saya Presiden Vladimir Putin’ dan menambah: “Penerokaan ini dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat kerana sokongannya’.
Pemimpin Rusia itu dalam kenyataannya berkata,pengeluaran raifal di India akan meningkatkan tahap industri pertahanan tempatan, membangunkan teknologi dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu.
Kilang tersebut yang dikendalikan oleh Ordnance Factory Board (OAB) dan Kalashnikov Concern diberikan hak untuk menghasilkan 750,000 pucuk raifal AK-203.
Pegawai industri pertahanan Rusia berkata, projek tersebut akan mengeluarkan lebuh banyak raifal AK.
Raifal AK-203 berdasarkan siri model raifal tempur AK-100 yang mana banyak cirinya diambil daripada versi AK-74.
Sebelum ini Tentera India merancang untuk menggantikan penggunaan raifal INSAS. Senjata tdersebut dibangunkan pada 1980an. – Agensi.