KUALA LUMPUR – Orang bukan Islam masih galak menggunakan medium sosial untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan itu seolah-olah ingin dijadikan trend oleh sesetengah pihak.
“Nampaknya masih ada lagi posting yang jelas menghina Islam oleh bukan muslim.
“Ertinya, hal ini seperti ingin dijadikan trend oleh sesetengah pihak dan ia bukan lagi kes terpencil.
“Ia seperti satu kehendak yang terpendam yang cuba membakar kemarahan umat Islam dalam negara ini,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya.
Selepas seorang warga emas bangsa Cina, Foo Sing Wai ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana menghina Nabi Muhammad, hari ini seorang lagi pemilik akaun Twitter bernama Alvin Chow turut mengundang kemarahan orang Islam dengan melakukan perbuatan sama.
Walaupun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berhimpun di pekarangan Masjid Negara Jumaat lalu untuk menyatakan bantahan dengan penghinaan individu Cina terhadap Nabi Muhammad, masih ada daripada mereka mengulanginya.
Dr. Mohd Asri mengingatkan kepada bukan muslim, sungguhpun masyarakat Islam di negara ini ada kelemahannya, namun tahap toleransi dan kesudian berkongsi amatlah baik jika dibandingkan nasib umat Islam minoriti di India, China, juga di negara lain yang berdekatan.
“Janganlah saudara-saudara cemari nikmat dan kelebihan hidup harmoni dalam negara ini yang kita kecapi selama ini.
“Saudara-saudari non-Muslim, berpesan-pesanlah kepada sahabat handai saudara-saudari sekalian agar beradab dan tahu mengawal tingkah laku hidup bernegara di Malaysia ini.
“Jangan kerana sikap biadab dan dendam kesumat, maka saudara-saudari membakar negara aman yang telah lama kita bina,” tegasnya.
Beliau mengingatkan mereka, agar jangan sampai yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.
“Orang muslim itu masih sabar jika dihina dirinya dan keluarganya, tetapi mereka tidak akan bersabar lagi jika dihina Islam dan Rasulnya.
“Sayangi dan hargailah nikmat keamanan yang kita miliki. Pohon memahami keadaan,” katanya. – MalaysiaGazette
..so what?
..ini baru G4. Ape yg menanti dlm persilitaran G5, lagi mencabar. Mengape penghina yg di beri keutamaan.
…kaum kaum Muhammad yg byak bunuh bunuhan sesama sendiri. Scandal Sana sini. Rasa2 nya, mane lebih hina?