KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah melantik semula tiga orang anggotanya untuk tempoh tambahan tiga tahun berkuatkuasa mulai 1 Mac 2019 lalu.
Mereka ialah Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Seri Long See Wool dan Datuk Fauziah Yaacob.
Pelantikan itu dibuat oleh Menteri Kewangan, kata Mavcom dalam kenyataan di sini.
“Mavcom dan anggota suruhanjayanya akan meneruskan mandatnya sebagai entiti bebas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia perkara ekonomi dan komersial berhubungan dengan industri penerbangan awam di Malaysia, sambil memperjuangkan hak pengguna dalam sektor penerbangan,” katanya.
Mavcom merupakan sebuah suruhanjaya yang membiayai sendiri kos operasinya. – MalaysiaGazette