Home Ekonomi Bursa ditutup rendah

Bursa ditutup rendah

Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah, diheret turun oleh harga saham wajaran tinggi terpilih yang lemah, diketuai Tenaga, Petronas Chemicals dan Maxis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,693.99, turun 6.77 mata atau 0.40 peratus berbanding 1,700.76 pada penutupan Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka 12.54 mata lebih rendah pada 1,688.87 dan bergerak antara 1,688.22 dan 1,698.87 sepanjang hari.

Di papan skor, pasaran negatif dengan 448 kaunter rugi berbanding 426 kaunter untung, manakala 384 kaunter tidak berubah, 611 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.14 bilion unit bernilai RM2.16 bilion berbanding 2.91 bilion unit bernilai RM2.35 bilion Jumaat lepas.

Tenaga susut 12 sen kepada RM12.96 manakala kedua-dua Petronas Chemicals dan Maxis masing-masing turun lapan sen kepada RM9.19 dan RM5.31.

Secara kumulatif, ketiga-tiga kaunter itu menyumbang 3.4 mata kepada indeks komposit.

“Prestasi bursa tempatan rendah berbanding bursa serantau, yang kebanyakannya lebih tinggi berikutan pertumbuhan ekonomi AS yang lebih baik berbanding jangkaan. Saya jangkakan ini berlaku susulan hasil korporat yang lemah bagi 2018, yang dikeluarkan minggu lepas.

“Tenaga, sebagai contoh, mencatat kerugian suku tahun pertamanya dalam tempoh lebih tujuh tahun, dengan kos operasi yang lebih tinggi dan kekurangan instrumen kewangannya yang meningkat,” kata peniaga.

Syarikat utiliti itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM134 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir pada 31 Dis, 2018.

Saham wajaran tinggi lain, Maybank naik satu sen kepada RM9.54, Public Bank susut dua sen kepada RM25.00, CIMB merosot empat sen kepada RM5.64 manakala IHH susut satu kepada RM5.78.

Bagi saham aktif, Daya Materials dan Bumi Armada masing-masing tidak berubah pada setengah sen dan 17.5 sen, Sapura Energy naik setengah sen kepada 32 sen dan Iskandar Waterfront City menambah 11 sen kepada 71 sen.

Indeks FBM Emas turun 31.51 mata kepada 11,766.61, Indeks FBMT 100 susut 37.10 mata kepada 11,626.85 manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 36.87 mata kepada 11,688.29.

FBM 70 turun 5.82 mata kepada 13,956.07 namun Indeks FBM Ace meningkat 31.24 mata kepada 4,681.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 7.24 mata kepada 17,722.22, Indeks Perladangan turun 7.94 mata kepada 7,266.00 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.43 mata kepada 167.94.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.20 bilion saham bernilai RM1.94 bilion daripada 2.02 bilion saham bernilai RM2.17 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran menambah kepada 586.41 juta unit bernilai RM139.31 juta daripada 522.14 juta unit bernilai RM109.25 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 346.79 juta saham bernilai RM77.92 juta daripada 358.23 juta saham bernilai RM68.27 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 204.70 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (311.42 juta), pembinaan (155.66 juta), teknologi (166.20 juta), SPAC (nil), perkhidmatan kewangan (55.56 juta) 199.64 juta), perladangan (28.50 juta), REIT (1.50 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (967.00 juta), penjagaan kesihatan (24.50 juta), telekomunikasi dan media (30.96 juta) , dan utiliti (18.63 juta). – MalaysiaGazette

+ posts