Seramai 143 orang yang mendapat kesedaran untuk berhenti merokok selepas kerajaan mewartakan larangan di kedai makan Januari yang lalu.
Jumlah itu menurut Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad adalah statistik yang direkodkan menerusi laman sesawang jomquit.moh.gov.my sejak larangan dikuatkuasakan sehingga minggu kedua Febuari lalu.
Dzulkefly menyifatkan angka tersebut sebagai respon positif terhadap usaha kerajaan.