Home Politik PH sudah pilih 3 nama untuk calon PRK Rantau?

PH sudah pilih 3 nama untuk calon PRK Rantau?

Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard
Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) didakwa telah menyenaraipendek calon-calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan.

Menurut bekas Ketua PKR cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, PH telah menyenaraikan tiga calon bagi merampas kerusi dari Barisan Nasional (BN) dan salah seorangnya mengemukakan semulai pakar bius, Dr. S. Streram sebagai calon.

Selain Streram, PH turut didakwa menyenaraikan Naib Ketua Cabang Rembau, Datuk Hanif Hasan dan anak tempatan, Datuk Iskandar Saharuddin.

“Hanif Hassan merupakan anggota parti sejak awal penubuhan dan beliau adalah bekas Ketua Pemuda PKR Bahagian Teluk Kemang yang pertama. Beliau juga aktif dalam pelbagai NGO,” katanya.

Nama Iskandar pula baru muncul katanya dan sudah dimasukkan dalam senarai pendek.

“Bekas Duta Malaysia ke China itu berasal dari Rantau. Katanya jaringan keluarga besar di Rantau jadi taruhan,” tulis beliau di Facebook.

Menurut Chegubard, Iskandar  merupakan orang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran dan mendakwa Iskandar akan mendapat peranan yang penting sekiranya memenangi PRK Rantau.

“Hangat juga diperkatakan kerana Menteri Besar Negeri Sembilan, Amirudin Harun lemah maka Iskandar yang punya pengalaman pentadbiran dan korporat bakal memainkan peranan penting selepas menang di Rantau,” katanya lagi.

PRK Rantau balak diadakan pada 13 April sementara undian awal pada 9 April dan penamaan calon pula pada 30 Mac.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun awal hari ini.

Seramai 20,926 pemilih layak mengundi bagi PRK itu, April depan. -MalaysiaGazette