Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mempunyai tempoh sehingga penghujung Mac ini bagi melengkapkan kertas siasatan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Selain itu menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, polis turut mempunyai masa sehingga 16 Mei 2019 bagi menyimpan barangan yang dirampas dalam beberapa serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Mei tahun lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Pengerusinya Azhar Azizan Harun dalam satu sidang media hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan akan diadakan pada 13 April depan.
Dalam pada itu, UMNO dan Pas akhirnya mencapai kata sepakat untuk bersetuju menjalinkan kerjasama secara formal antara kedua-dua parti bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) selepas perbincangan lebih dua jam di Menara Dato’ Onn.