PORTUGAL – Sepakan penalti menerusi Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) membantu Porto FC mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah.
Dalam aksi timbal balik pusingan ke-16 awal pagi tadi, Alex Telles menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas pemantauan VAR membantu menjinakkan AS Roma.
Alessandro Florenzi dilayang kad kuning kerana menarik Fernando di dalam petak penalti pada minit ke-116.
Moussa Marega dari Porto mengherat perlawanan ke masa tambahan selepas perlawanan terikat seri selepas 90 minit.
Kapten Roma, Daniele de Rossi awal lagi menafikan gol pembukaan pemain Porto Francisco Soares di separuh masa pertama.
Akhirnya FC Porto berjaya menundukkan Roma dengan agregat 4-3 dalam pusingan ke-16 pagi tadi.
Ini adalah kali pertama FC Porto FC selaku sebuah kelab Portugal melangkah ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah.
Kali terakhir kelab itu mara ke suku akhir ialah pada temasya musim 2014-15.
Penentuan pasukan untuk aksi Suku akhir akan diadakan pada Jumaat 15 Mac ini.
Nicolas Zaniolo muncul sebagai pemain termuda Itali menjaringkan gol berganda pada usia 19 tahun 225 hari dalam Liga Juara Juara Eropah untuk Roma dalam kemenangan aksi pertama di Itali.
Namun, Porto bukannya pasukan yang muda menyerah kalah dan berjuang dengan semangat yang tinggi dalam aksi timbal balik di Portugal.- MalaysiaGazette