Home Politik Nazri tak muncul dalam mesyuarat BN hari ini

Nazri tak muncul dalam mesyuarat BN hari ini

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz nampaknya menunaikan janji untuk tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu hari ini.

Yang hadir hanyalah Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Tingkat 8, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Turut hadir kedua-dua Presiden MCA dan MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran dan Datuk Seri Dr We Ka Soong, dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

MCA turut menghantar Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Ketua Wanitanya, Datin Seri Chew Mei Fun.

Sementara pemimpin lain MIC adalah Timbalan Presiden MIC, Datuk M. Saravanan.

Mesyuarat MT BN hari ini dipercayai membincangkan tentang kedudukan terkini parti itu.

Malah difahamkan, BN juga turut akan membincangkan mengenai status Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN yang mendapat tentang MIC dan MCA sejak kebelakangan ini.

Mohamed Nazri sebelum ini memaklumkan beliau tidak akan hadir kerana tidak mahu mengganggu mesyuarat berkenaan demi survival BN. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MCA, MIC boleh minta saya letak jawatan Jumaat ini – Nazri