Home Ekonomi Nik Azman Ketua Audit Negara yang baharu

Nik Azman Ketua Audit Negara yang baharu

Nik Azman Nik Abdul Majid

KUALA LUMPUR – Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari lalu.

Pelantikan Nik Azman, 60, untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari lalu sehingga 22 Feb 2021.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar yang mengumumkan pelantikan Nik Azman berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan Nik Azman sebagai Ketua Audit Negara berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Nik Azman adalah Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, pernah berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Nik Azman juga pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Bank Dunia Washington, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette