KUALA LUMPUR – Diam dan tidak menyatakan pendirian terhadap kenyataan Lim Guan Eng menunjukkan pimpinan Pakatan (PH) tidak berprinsip.
Namun tindakan ini menurut Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd. Rahman merupakan perkara yang tidak mengejutkan kerana parti itu kini sudah hilang pedoman selepas berjaya menjadi kerajaan.
Mereka, katanya, hanya bersuara tentang perjuangan keharmonian dan menentang sebarang tindakan perkauman khususnya yang boleh menghasut rakyat hanya dilakukan sebelum berjaya mentadbir negara.
Sehubungan itu tidak perlu sesiapa mendesak permohonan maaf atau penjelasan, sebaliknya respon ‘membisu’ pemimpin parti itu cukup membuktikan siapa mereka.
“Sebenarnya daripada prinsip perjuangan mereka sendiri kalau ada prinsip masih beregang prinsip patutnya mereka bersuara tentang Guang Eng tanpa perlu saya desak atau sesiapa desak dulu adalah seorang dua yang masih pegang prinsip dalam Pakatan Harapan orang ini yang bila berlaku kesilapan dalam PH akan tegur tapi sekarang ini perkara ini tidak ada lagi berlaku yang dalam PH tidak ada moral…Tidak hairanlah.
“Mereka (pemimpin PH) ini sudah hilang kompas dalam banyak perkara sebelum berkuasa bercakap tentang kebebasan, harmoni, moderate (kesederhanaan), demokratik, menghormati pandangan rakyat dan sebagainya tetapi apabila memerintah mereka lupa macam benda,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai pimpinan PH yang membisu sejak Menteri Kewangan menganggap kerjasama Pas dengan UMNO adalah pengisytiharan perang kepada bukan Melayu baru-baru ini.
Dalam masa yang sama Abdullah mendakwa Guan Eng telah membuka pekung di dada dengan mengeluarkan kenyataan itu kerana menidakkan perkembangan positif yang sedang berlaku iaitu kesepaduan dan kesatuan ummah khususnya umat Islam.
Sebaliknya kata beliau Guan Eng melihatnya sebagai satu ancaman untuk Melayu.
“Pandangan kita (ISMA) LGE dengan kenyataannya dia menyerlahkan isi hatinya, mungkin pandangannya yang selama ini dia sembunyikan dan menunjukkan bagaimana cara mereka berpolitik, di mana seolah-olah perkara yang mungkar pada pandangan LGE untuk membenarkan kesatuan orang Islam. Kalau orang Islam bersatu pada akidah Guan Eng adalah ancaman kepada orang bukan Melayu.
“Semua orang melihat kesatuan itu suatu yang positif dan tidak ada satu konvensyen antarabangsa dan tempatan mengatakan perpaduan dilakukan sesiapa itu adalah angkara jenayah atau satu perbuatan permusuhan jadi Guan Eng sahaja mendefinisikan bahawa kesatuan orang Melayu sebagai tindakan permusuhan. Ini satu pendedahan buka pekung sendiri,” jelasnya.- MalaysiaGazette
..yg hilang Prinsip sebenar siape?
Jgn kamu berlegar dgn prinsip idafi (relative) mangambil acuan yg di asaskan oleh UMGOK & ULAR2 yg mana Rompakan & Pembohong sentiasa tegar semasa.