Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Haslina Wan Hassan pula menyifatkan Lim Guan Eng tidak mempunyai hati seorang negarawan ekoran kenyataan provokasinya.
“Dia sebagai pemimpin negara tidak seharusnya bercakap begitu kerana ia mencetuskan kemarahan kami semua dan menyakitkan hati rakyat.
“Kenapa dia perlu cakap sebegitu memandangkan semasa pemerintahan BN pun Pas UMNO dengan komponen BN berbaik tanpa masalah.
“Apakah kerana ada kuasa dia bermulut celupar sebegini.sepatutnya dia harus suka melihat rakyat bersatu padu, malangnya dia tidak berhati negarawan dan tak layak duduk di situ (Kabinet),” bidasnya.