Home Dunia 15 negeri di Venezuela masih bergelap

15 negeri di Venezuela masih bergelap

Gangguan elektrik di beberapa negeri di Venezuela sudah memasuki hari kedua. foto Agensi

CARACAS – Sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat di Venezuela terpaksa ditutup selepas gangguan bekalan elektrik berlarutan pada hari kedua.

Gangguan elektrik yang berlaku pada petang Khamis disebabkan masalah di loji hidroelektrik utama.

Bagaimanapun, Presiden Nicolas Maduro menyalahkan parti pembangkang yang didakwa melakukan sabotaj.

Dakwaan susulan keadaan tegang ekoran pembangkang mendapat sokongan dari Amerika Syarikan dan beberapa negara Latin Amerika untuk menyingkirkan Maduro.

Kekurangan bekalan elektrik telah menyebabkan penerbangan terpaksa dialihkan dari lapangan terbang di Caracas, menyebabkan ribuan pekerja terpaksa balik ke rumah.

Gangguan yang berpunca dari Empangan Loji Guri turut menjejaskan rangkaian telefon dan metro di bandar Caracas.

Beberapa kawasan didakwa sudah menerima bekalan elektrik tetapi media tempatan mendakwa 15 daripada 23 negeri di Venezuela telah terjejas termasuk Caracas.

Venezuela masih bergantung dengan infrastruktur hidroelektrik berbanding rizab minyak bagi bekalan elektrik domestik. – MalaysiaGazette