Home Sukan Ranieri kembal ke Itali sebagai Pengurus AS Roma

Ranieri kembal ke Itali sebagai Pengurus AS Roma

Ranieri kembali ke tanahairnya Itali sebagai Pengurus ASRoma kali ini iaitu lapan hari selepas dipecat sebagai bos Fulham di England.

ITALI – Bekas Pengurus kelab England Leicester City dan Chelsea Claudio Ranieri dilantik sebagai Pengurus baharu AS Roma semalam.

Pelantikannya berkuatkuasa serta-merta sehingga akhir musim ini.

Ranieri, 67, telah dipecat sebagai pengurus Fulham lapan hari lalu selepas hanya menang 3 daripada 17 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, dia diberi laluan kembali ke tugas pengurusan bola sepak dengan menggantikan Eusebio di Francesco.

“Saya terharu kembali ke rumah (Itali), apabila Roma panggil kamu, agak sukar untuk menolak tawaran itu,” katanya.

Francesco dipecat pada Rabu selepas AS Roma tewas secara agrefat 3-4 kepada FC Porto dalam aksi timbal balik pusingan ke-16 Liga Juara Juara Eropah.

Malah, Pengarah Sukan kelab itu, Monchi juga meninggalkan kelab tersebut pada Jumaat.

Presiden Roma, Jim Pallotta dalam kenyataan rasmi berkata, kelabnya berbesar hati mengalu-alukan Raneiri kembali ke kelab yang pernah diterajuinya sebelum ini.

“Kami hanya mempunyai satu objektif menjelang akhir musim ini iaitu menamatkan saingan Serie A dalam kedudukan teratas dan melayakkan diri ke saingan Juara Juara Eropah musim hadapan.

Roma ketinggalan tiga mata di belakang Inter Milan yang menduduki tempat keempat carta.

Ranieri berjaya membantu Leicester menjulang EPL sedangkan kelab itu bukan pilihan bergelar juara pada 2016.

Kepulangannya ke Roma merupakan penampilan kelapan sebagai pengurus dalam Serie A.

Kali pertama Ranieri dipecat oleh Inter Milan pada tahun 2012.- MalaysiaGazette