Home Dunia Venezuela makin genting, 15 pesakit dialisis meninggal tiada elektrik

Venezuela makin genting, 15 pesakit dialisis meninggal tiada elektrik

CARACAS – Sekurang-kurangnya 15 pesakit buah pinggang meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan dialisis selepas gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Venezuela sejak beberapa hari lalu.

Gangguan bekalan elektrik sering berlaku di Venezuela yang kini berdepan krisis ekonomi.

Apa yang lebih menyedihkan, kesemua pesakit itu meninggal dunia satu persatu sejak Khamis lepas selepas tidak mendapat rawatan dialisis itu.

Kata kenyataan hak asasai Codevida, kesemua buah pinggang mangsa gagal berfungsi dan berada dalam kritikal.

“Situasi mereka yang mengalami fungsi kegagalan buah pinggang sangat sukar kritikal dan kita sedang membicarakan mengenai 95 peratus unit dialisis. Bayangkan apa nasib mereka,” katanya.

Bukan sahaja pesakit dialisis sebaliknya penyakit seperti kanser yang perlu mendapatkan rawatan chemoterapi juga sedang berhadapan dengan keadaan bahaya.

Rata-rata hospital yang memerlukan bekalan elektrik dan terpaksa bergantung dengan janakuasa elektrik ketika ini.

Kuasa jenerator

Sejak petang Khamis lepas, sebahagian besar Venezuela terpaksa bergelap selepas berlaku gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran dan kerajaan Presiden Nicolas Maduro menyalahkan perbuatan sabotaj sebagai punca perkara itu berlaku.

Selain beberapa bangunan yang mendapat bekalan elek-trik daripada sebuah penjana peribadi, ibu kota Caracas terpaksa bergelap mulai jam 4.50 petang, yang turut menjejaskan sistem pengangkutan metro bandar serta perkhidmatan telefon dan Internet.

Digelar sebagai antara bandar raya paling berbahaya di dunia, jalan-jalan di Caracas biasanya lengang selepas hari beransur gelap.

maduro4
Nicolas Maduro

Presiden Nicolas Maduro menuduh perang yang didalangi Amerika Syarikat (AS) terhadap bekalan kuasa negara itu sedang berjalan.

Maduro memberitahu penyokongnya semalam bahawa bekalan elektrik sudah pulih hampir 70 peratus, namun pada waktu tengah harinya terdapat satu lagi serangan siber di salah sebuah stesen jana kuasa yang lain.

Penjana hidroelektrik pusat di Guri, yang terletak di timur negeri Bolivar, adalah antara yang terpenting di Amerika Latin selain di Itaipu, yang terletak antara sempadan Brazil dan Paraguay. –MalaysiaGazette