BOGOTA- Empat belas terkorban apabila sebuah pesawat terhempas di wilayah Meta, Colombo pada Sabtu.
Unit Pentadbiran Khas Aeronatik Awam berkata, kesemua yang berada dalam pesawat berkenaan disahkan terbunuh semasa pesawat DC-3 terhempas yang mana sebelum itu, ia sempat membuat panggilan kecemasan pada jam 10.40 pagi waktu tempatan.
Pesawat yang dimiliki oleh syarikat penerbangan Laser Aero berlepas dari San Jose del Guaviare yang terletak di selatan menuju Villavicencio, kata agensi berkenaan.
Insiden berlaku di pertengahan perjalanan iaitu di San Carlos de Guaroa.
Pesawat berada dalam keadaan baik dan krew-krew penerbangan juga disahkan sihat sebelum melakukan penerbangan, katanya.
Syarikat penerbangan enggan memberi sebarang komen. – MalaysiaGazette