KUALA LUMPUR- Pakatan Harapan (PH) membincangkan pelbagai isu-isu rakyat dalam retreat yang diadakan sehari di Cyberjaya semalam.
Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, retreat itu turut dihadiri Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.
“Sesi pemukiman sehari itu diadakan diadakan semalam sejurus selepas mesyuarat Majlis Presiden untuk mengatur langkah dan strategi yang seiring dengan nadi rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Saifuddin, sesi retreat itu juga dihadiri oleh pimpinan Majlis Presiden PH, menteri-menteri, timbalan menteri, menteri besar dan ketua menteri.- MalaysiaGazette