Home Ekonomi Harga minyak naik

Harga minyak naik

SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini selepas Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih berkata, pemotongan bekalan minyak oleh OPEC tidak mungkin berlaku sebelum belum Jun, selain laporan menunjukkan aktiviti penggerudian Amerika Syarikat (AS) jatuh untuk minggu ketiga berturut-turut.

Berita itu menimbulkan menurunkan tekanan ke atas pasaran minyak yang meningkat pada minggu sebelumnya disebabkan lonjakan pengeluaran minyak AS dan kelembapan ekonomi terutama di Asia dan Eropah.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$56.26 setong pada 0016 GMT, susut sebanyak AS$0.19 berbanding harga penutup.

Niaga hadapan Brent pula kepada AS$65.91, jatuh AS$0.17.

Semalam, al-Falih berkata, adalah terlalu awal untuk mengubah polisi pengeluaran OPEC pada mesyuarat akan datang pada April ini.

OPEC dan sekutu-sekutunya dijangka bertemu di Vienna pada 17 dan 18 April ini dan sekali lagi pada 25 dan 26 Jun.

Kartel itu telah mengurangkan 1.2 juta bekalan minyak mentah sejak awal tahun ini bagi mengekang pasaran dan meningkatkan harga minyak. – MalaysiaGazette