KUALA LUMPUR – Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau Mawar Rashid mengakui belajar mengaji demi melancarkan bacaannya.
Mawar yang tidak segan berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya berkata, beliau mahu bacaan al-Qurannya lancar dan sentiasa mahu menimba ilmu.
“Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa-apa demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila-bila pun tak apa.
“Itu hajatnya la, kita perlu ‘dream big’ kan. Hehe.. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar.
“Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan?,” tulisnya.
Postingnya itu diharap memberikan motivasi kepada masyarakat bahawa memulakan sesuatu demi kebaikan tidak pernah terlambat.
“Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat,” ujarnya.
Pelakon wanita berumur 24 tahun ini berkata, buat masa ini dia tidak mengambil mana-mana tawaran kerana sarat mengandung.
Waktu lapangnya kini dimanfaatkannya untuk belajar mengaji dengan seorang ustazah.
“Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni,” tambahnya. –
Mawar Rashid berkahwin dengan Raf Yaakob adik kepada Datuk Datuk Fazley Yaakob pada 9 November 2017.
Pasangan itu dijangkakan menimang cahaya mata pada bulan ini. – MalaysiaGazette