Home Dunia Gangguan elektrik yang belum ditangani jejas eksport minyak Venezuela

Gangguan elektrik yang belum ditangani jejas eksport minyak Venezuela

Sebahagian besar penduduk di venezuela masih bergelap sejak gangguan elektrik berlaku pada Khamis lalu. foto Agensi

CARACAS – Gangguan bekalan elektrik yang melanda Venezuela telah menjejaskan eksport minyak mentah oleh syarikat minyak negara itu, PDVSA di pelabuhan utamanya sejak minggu lalu.

Masalah bekalan elektrik masih belum ditangani di beberapa buah negeri selepas gangguan serentak pada Khamis lalu.

Presiden Nicolas Maduro mendakwa gangguan itu disebabkan sabotaj di empangan hidroelektrik yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Maduro kini berdepan dengan desakan pembangkang supaya berundur selepas pemerintahannya didakwa menyebabkan  mendakwa kedudukan negara itu semakin teruk disebabkan rasuah dan salah urus lebih sedekad.

Pihak berkuasa telah memberikan beberapa penjelasan mengenai mengapa kejadian itu berlaku dan berapa lama ia mungkin perlu menyelesaikannya, telah menimbulkan memacu kebimbangan dalam kalangan rakyat.

PDVSA telah melancarkan pelan kontingensi untuk memulihkan bekalan kuasa ke pelabuhan Jose, menurut satu sumber.

Namun, PDVSA tidak dapat dihubungi untuk mengulasnya.

Pelabuhan itu terletak di negeri Anzoategui mendapat bekalan elektrik sekejap-sekejap sejak hari Jumaat.

“Ia (eksport minyak) telah berhenti sepenuhnya sejak gangguan berlaku. Ia telah menjejaskan semua operasi minyak di Jose,” kata sumber lain, sambil menambah kos akan menjadi lebih mahal untuk menghidupkan semula pemasangan elektrik dan dan talian kuasa perlu diganti.

Tidak ada tangki minyak eksport yang meninggalkan Jose sejak 7 Mac lalu, menurut data Refinitiv Eikon.

Hanya beberapa penghantaran antara pelabuhan tempatan pada hari Sabtu apabila gangguan dipulihkan tetapi gangguan pada hari Ahad telah menjejaskan operasi semula.

Gangguan bekalan elektrik juga menjejaskan loji penapisan di Puerto la Cruz di Anzoategui yang sudah pun beroperasi pada paras minimum. – MalaysiaGazette