JEDDAH – Sebuah pesawat terpaksa berpatah balik apabila seorang ibu tertinggal bayinya di lapangan terbang.
Pesawat Saudia itu sedang menuju ke Kuala Lumpur apabila ibu tersebut meminta beliau disatukan dengan bayinya, lapor Gulf News seperti dipetik news.comau
Rakaman suara mendedahkan juruterbang meminta kebenaran pengawal trafik udara untuk berpatah balik ke Jeddah, Arab Saudi.
Dalam klip rakaman suara tersebut yang tular di laman media sosial, kedengaran juruterbang tersebut berkata kepada kakitangan kawalan udara: “Semoga tuhan bersama kami. Bolehkah kami pulang?
Selepas menyatakan nombor penerbangan – SV832 – pengawal trafik udara itu bertanyakan kepada rakan sekerjanya tentang protokol yang perlu mereka ikuti.
“Pesawat ini meminta berpatah balik… seorang penumpang terlupa bayinya yang berada dalam kawasan menunggu, kasihan” tambah juruterbang itu.
Apabila pengawal trafik udara meminta pengesahan mengenai perkara tersebut, beliau menjawab: “Kami telah beritahu anda, seorang penumpang tertinggal bayi di terminal dan enggan meneruskan perjalanan,”.
Pengawal trafik udara itu kemudiannya memberi kebenaran untuk pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbangan Antarabansga Raja Abdul Aziz.
Beliau berkatra: “OK, berpatah balik ke pintu. Ini adalah sesuatu yang baharu bagi kami!”.
Difahamkan insiden itu berlaku pada Sabtu lalu.
Laman sesawang Flight radar merekod penerbangan tersebut mengalami kelewatan selama 54 minit namun tidak menyatakan sama ada ia berpatah balik ketika berada di udara atau ketika sedang bersedia untuk berlepas apabila keputusan untuk berpatah balik ke terminal dilakukan.
Bagaimana ibu tersebut tertinggal bayinya juga tidak jelas.
Pengguna Twitter, Fahad M. Al Barrak yang berkongsi rakaman suara insiden tersebut mendakwa bayi tersebut ada bersama adik wanita tersebut yang tersalah menaiki bas di terminal dan terlepas penerbangan itu.
Apabila ibu bayi itu sedar kedua-duanya tiada dalam penerbangan, beliau meminta pesawat tersebut berpatah balik, dakwa Al-Barrak – Agensi