Home Ekonomi Permintaan baik, harga minyak naik

Permintaan baik, harga minyak naik

Gambar hiasan. foto Getty Images

SINGAPURA – Pengurangan pengeluaran minyak oleh OPEC dan permintaan yang baik telah mendorong kenaikan harga minyak mentah.

Penanda aras harga minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) kepada AS$56.99 setong pada 0012 GMT, naik AS$0.20 berbanding harga penutup.

Manakala niaga hadapan Brent pula kepada AS$66.76 setong, meningkat AS$0.18.

Bank of America Merill Lynch berkata, meskipun ketidaktentuan tetapi harga Brent dijangka berada pada purata AS$70 setong tahun ini dan WTI pula AS$59 setong.

Jangkaan itu berdasarkan permintaan kukuh bagi diesel marin dari tahun depan memandangkan undang-undang minyak baharu akan dikuatkuasakan oleh Organisasi Maritim Antarabangsa.

“Dengan hasil diesel sudah dipertingkatkan, loji penapis mungkin perlu meningkatkan pengeluaran pada pertengahan kedua tahun ini untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penyulingan marin,” kata Bank of America.

Ia menambah, pengurangan bekalan tahun ini oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu seperti Rusia turut menyokong harga minyak mentah. – MalaysiaGazette