KUALA LUMPUR – Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Abdul Rahman Mohd. Noor hari ini mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.
Pengumuman awal-awal lagi sudah dibuat secara video seperti yang ditularkan di media sosial.
Belum ada cerita mengenai PPBM atau Pakatan Harapan mengeluarkan senarai calon PRU-14 tiba-tiba bekas pegawai kanan kerajaan itu membuat pengumuman.
Sebelum itu, bekas ahli PPBM dan bekas senator, Datuk Ezam Mohd. Nor juga menyatakan hasrat yang sama walaupun partinya belum didaftarkan.
Bagaimanapun dalam video itu, Abdul Rahman mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menghabiskan pengajian di universiti Nottigham.
Menurutnya, semasa tahun 1974 beliau berada di United Kingdom dan mendakwa Najib tidak tidak menduduki peperiksaan akhir di universitinya.
Bagaimanapun, bagi Ahli Panel Pemikir JASA, Datuk Lokman Nor Adam, dakwaan Abdul Rahman satu fitnah.
Menurutnya, berdasarkan kajian pihaknya, Najib telah menamatkan pengajian dalam bidang Ekonomi Perindustrian dari Universiti Nottingham pada tahun 1974.
Malah, katanya, Naib Canselor Universiti Nottingham, David Greenaway sendiri gembira dengan Najib sebagai seorang produk universitinya yang menduduki jawatan penting di Malaysia.
Malah hubungan baik universiti itu dengan Malaysia, Universiti Nottigham menjadi universiti di British pertama menubuhkan cawangannya di negara ini.
“Ia jelas menunjukan bahawa bukan sahaja Najib graduan dari universiti terbabit, malahan profesor di sana turut berbangga dengan beliau,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.-MalaysiaGazette