BARCELONA – Aksi lincah Lionel Messi pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi berjaya mengelirukan pemain-pemain Lyon hingga membawa kepada dua jaringan gol.
Pemain berusia 31 tahun itu membantu pasukannya Barcelona ke suku akhir selepas penyudah permainan menunjukkan agregat 5-1.
Satu gol yang diperoleh oleh Lyon dijaringkan oleh pemain Voley Lucas Tousart.
Messi kini sudah mengumpul 108 gol dalam kempen Liga Juara-Juara manakala Cristiano Ronaldo memiliki 124 gol. – MalaysiaGazette