TERKINI : TOKSIK! Saya Akan Turun ke Pasir Gudang Hari Ini – Dr. Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menilai tahap keseriusan pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang sebelum membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana pengisytiharan darurat boleh mencetuskan kecemasan dalam kalangan rakyat terhadap insiden yang sedang berlaku.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pandan berkata, usaha dan langkah-langkah menanganinya perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Kita perlu adakan mesyuarat dulu dan sebab kita ada langkah-langkah menangani masalah itu.

“Kalau kita nak isytihar (darurat) ia akan jadi ‘panic attack’. Kita kena menimbangkan untuk (cara) menangani masalah itu. Apa yang perlu sekarang ambil langkah yang perlu dengan segera,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.