Home Sukan Aksi menentang Australia medan terbaik ukur prestasi

Aksi menentang Australia medan terbaik ukur prestasi

SHAH ALAM – Perlawanan pemanas badan menentang skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) Australia di Stadium Shah Alam pada Ahad ini akan digunakan Datuk Ong Kim Swee menguji barisan pemain yang kurang beraksi bagi memastikan mereka berada pada tahap terbaik sebelum menghadapi pusingan kelayakan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 yang bermula minggu depan.

Ketua jurulatih skuad B-23 negara itu berkata, beliau perlu memberikan lebih banyak peluang kepada pemain yang kurang beraksi kerana mahu mereka berada dalam kecergasan terbaik untuk menghadapi kejohanan berkenaan yang akan berlangsung dari 22 hingga 26 Mac ini di Stadium Shah Alam.

“Perlawanan ini bukan percubaan lagi dan saya akan menurunkan barisan terbaik pada perlawanan berkenaan, dan saya mungkin memerlukan khidmat pemain yang jarang diturunkan ini untuk aksi pembukaan pusingan kelayakan menentang Filipina,” katanya ketika ditemui Bernama pada sesi latihan skuad B-22 negara di Stadium Shah Alam, malam tadi.- BERNAMA