Home Seni Hidup Bekas pemandu Che Ta masih belum minta maaf

Bekas pemandu Che Ta masih belum minta maaf

Pelakon, Rozita Che Wan

PETALING JAYA – Bekas pemandu Che Ta sepatutnya hadir dalam sidang media di sini pagi ini untuk meminta maaf namun Muhammad Riduan Mohd. Mizol tidak hadir.

“Saya amat kesal dengan keengganan beliau tampil hari ini untuk memohon maaf secara terbuka walaupun secara terang kenyataan tersebut berunsur fitnah dan memalukan saya,” kata Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan.

Justeru pelakon berkenaan memberi tempoh sehingga pukul 6 petang ini kepada Muhammad Riduan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Sekiranya beliau (Muhammad Riduan) gagal, saya terpaksa mengarahkan  peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau berdasarkan beberapa pilihan tindakan undang-undang yang telah kami bincangkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

MGF15032019_PC ROZITA CHE WAN DAN PEMANDU44
Pelakon, Rozita Che Wan bercakap pada sidang media mengenai isu dakwaan tunggakan gaji oleh bekas pemandunya di Royale Chulan Damansara, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 15 MAC 2019.

Sebelum itu, bekas pemandunya didakwa gagal membuat permohonan maaf selepas dituntut pada 11 Mac yang lalu.

Menurut Che Ta, walaupun telah menyerahkan notis tuntutan dan memberi tempoh 48 jam menerusi peguamnya namun kata sehingga kini Muhamad Riduan yang mencetuskan isu tunggakan gaji sebelum itu masih membisu.

Justeru jika peluang yang diberikan masih tidak diendahkan juga maka Che Ta akan memfailkan tindakan saman  kerana bekas pemandunya itu telah memfitnahnya. 

“Bagaimanapun, sehingga kini, saya dan peguam saya tidak ada menerima sebarang maklum balas, jawapan, atau dihubungi oleh beliau atau wakil beliau,” katanya.

Tambahnya, sidang media hari ini dijangka akan diahdiri oleh bekas bekas pemandunya itu membuat permohonan maaf secara terbuka.  

Bukan sengaja mahu memanjangkan isu, namun Che Ta berkata, tuntutan ini demi memberi pengajaran kepada masyarakat terhadap penyalahgunaan media sosial dan memviralkan perkara yang masih belum ditentukan kesahihannya. 

Insiden seperti ini tambah beliau bukan hanya menjatuhkan imejnya malah mencalarkan maruah pelakon drama Kiah Pekasam itu. 

“Pertama, saya mengadakan sidang media ini untuk memberi pengajaran bukan sahaja pada beliau tetapi sesiapa saja yang menyalahgunakan media sosial untuk memalukan individu lain tak kiralah samada mereka artis atau sesiapa saja. 

“Anda harus bertanggungjawab dengan setiap tindakan anda dan sedar bahawa anda berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang.  

 “Saya memohon agar masyarakat di Malaysia menghentikan budaya menularkan keburukan orang lain di media sosial kerana ia bukanlah satu tindakan yang matang dan baik. Ia hanya akan memberikan anda kepuasan sementara dan merosakkan maruah orang lain untuk jangka masa yang lama.

 “Kita semua perlu sedar bahawa setiap apa yang ditaip, disiar dan ditularkan di media sosial, media cetak atau sebagainya mempunyai implikasi dan risiko yang tertentu,” tambahnya. 

Antara tuntutan notis peguam Che Ta yang diserahkan kepada Muhamad Riduan selain membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial khususnya Facebook adalah menghentikan fitnah-fitnah dan memadamkan posting yang dibuat serta merta terhadapnya berkaitan pemberian gaji. 

Sebelum ini menerusi Facebook, Muhamad Riduan mendakwa Che Ta gagal membayar gaji kepadanya untuk bulan Mac.

Kemudian pada 7 Mac yang lalu, Che Ta mendedahkan sudah membayar tunggakan gaji sebanyak RM2,000 dalam masa yang mendesak bekas pekerjanya itu membersihkan namanya dengan menbuat permohonan maaf. 

Namun pemuda 21 tahun itu walaupun enggan bertindak seperti yang dikehendaki bekas majikannya memuat naik posting mengajak netizen untuk tidak lagi mengecamnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya akan saman bekas pemandu – Che Ta