Penyerang Wolfsburg, Julian Draxler ‘memalukan’ The Gunners apabila bersetuju berhijrah ke Liga Perancis.
Ia sekaligus meranapkan harapan Pengurus the Gunners, Arsene Wenger yang memburu khidmat pemain itu lebih dua musim lalu.
Draxler difahamkan bersetuju kontrak selama empat tahun setengah bersama kelab gergasi Liga Perancis, Paris Saint-Germain.
Pemain antarabangsa Jerman berusia 23 tahun itu mempunyai 27 penampilan bersama pasukan kebangsaannya dan lebih gemar memilih juara Ligue 1 berbanding Liga Perdana Inggeris.
The Sun di Britain melaporkan perpindahan itu akan berlaku pada Januari depan.
Keputusan Draxler meninggalkan kelab itu nampaknya tidak disenangi oleh penyokong setia Wolfsburg apabila dia diboo semasa perlawanan semalam.
“Saya tak rasa perlu memberitahu semua. Saya memahami perasaan penyokong dan mereka berhak melakukannya,” katanya. – The Sun