PASIR GUDANG – Nak ditelan mati emak, diluah mati bapa. Itu situasi yang berlaku kepada sebilangan nelayan yang menjadikan Sungai Kim Kim sebagai mata pencarian masing-masing.
Mereka tidak mahu pendedahan yang dibuat mengenai kes pencemaran di sungai berkenaan akan menjejaskan punca rezeki yang sememangnya menjadi kebergantungan kepada keluarga.