Home Ekonomi Buat apa hendak meminjam lagi, soal Najib

Buat apa hendak meminjam lagi, soal Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Hutang negara kini jauh lebih tinggi berbanding ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negara sebelum ini.

Datuk Seri Najib Razak mendakwa hutang rasmi negara sudah naik sebanyak RM82.8 bilion kepada RM768.8 bilion sehingga Mac ini berbanding RM686 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN.

Jumlah itu termasuk hutang pinjaman sebanyak RM7.3 bilion Bon Samurai

Lantaran itu, Najib bertanya untuk tujuan apa pinjaman dibuat lagi selepas ini.

“Menteri Kewayangan mahu pinjam lagi. Untuk buat apa kali ini?,” soalnya.

Soalan itu dilontarkan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Malaysia sedang memberi pertimbangan serius untuk terbitan Bon Samurai pada masa akan datang.

Pertimbangan itu sekiranya kerajaan Jepun memberi kadar yang sama atau lebih rendah daripada kos tahunan sebanyak 0.63 peratus berbanding Bon Samurai bernilai RM7.3 bilion atau 200 bilion yen yang diterbitkan pada bulan lalu.

“Apabila kita mempunyai dana untuk projek pembangunan, ia akan membebaskan sumber pendapatan lain untuk membayar hutang negara,” Guan Eng dalam satu majlis bagi meraikan terbitan Bon Samurai oleh Kerajaan Malaysia. – MalaysiaGazette