Home Akhbar Cina Pencemaran Pasir Gudang: Kesihatan harus dipantau lima tahun

Pencemaran Pasir Gudang: Kesihatan harus dipantau lima tahun

Pemandangan dari udara aliran Sungai Johor yang turut tercemar dipercayai akibat pembuangan sisa bahan toksik di Muara Sungai Kim Kim, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 17 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menggesa kerajaan membersihkan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang dengan secepat mungkin sebelum ia menular kepada pencemaran tanah yang lebih serius.

Pengurus Kanan AWER, Lin Shu Fang berkata, keadaan hanya akan bertambah rumit dan berisiko jika usaha pembersihan tidak dapat dipercepatkan.

Katanya, pencemaran sungai tidak harus dipandang remeh kerana ia boleh menular kepada pencemaran laut dan tanah, seterusnya menjejaskan seluruh rantai makanan termasuk hasil tanaman dan laut yang menjadi makanan manusia.

Beliau juga berharap pihak berkuasa dapat memantau kesihatan penduduk tempatan untuk tempoh dua hingga lima tahun akan datang untuk mengenal pasti tanda-tanda penyakit.

“Selepas bahan kimia memasuki badan, tindak balasnya mungkin berbeza mengikut individu.

“Keadaan adalah paling susah untuk kanak-kanak kerana badan mereka lebih mudah menyerap khasiat makanan dan juga benda bahaya pada masa yang sama,” katanya kepada China Press.

Walaupun proses pembersihan dan pemantauan memakan kos yang tinggi, tetapi Shu Fang berkata, usaha menyelamatkan nyawa adalah lebih mustahak.

Beliau berkata, kerajaan boleh menuntut ganti rugi atau menyita aset pihak yang melakukan pencemaran untuk menampung kos pembersihan yang tinggi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: