ADDIS ABABA – Pesawat Ethiopian Airlines didapati berada pada kedudukan yang sama dengan Lion Air sebelum terhempas.
Kedua-dua pesawat itu menggunakan model Boeing 737 Max 8 dan kejadian itu berlaku dalam tempoh lima bulan.
Ia merupakan hasil siasatan awal oleh pasukan penyiasat BEA Perancis yang mengkaji rakaman kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines.
Keputusan siasatan awal itu telah menimbulkan persoalan berterusan terhadap rekaan 737 Max dan keputusan untuk membolehkan ia terbang.
Setakat hari ini, kebanyakan pengawal selia penerbangan di dunia telah menggantung penggunaan pesawat tersebut, malah ada negara tidak membenarkan Boeing 737 Max 8 terbang di ruang udara negara masing-masing.
Dlam satu kenyataan ringkas, BEA yang berpangkalan di Paris berkata: “Semasa proses pengesahan data perakam FDR (data perakam penerbangan), terdapat persamaan yang jelas telah dicatat oleh pasukan penyiasatan antara pesawat 302 Ethiopian Airlines dan pesawat 610 Lion Air Flight. Ia akan menjadi subjek kajian lanjut semasa siasatan”.
Kedua-dua pesawat itu juga terhempas selepas beberapa minit terbang.
Dalam kes penerbangan Lion Air, juruterbang mengalami kesulitan dengan sistem baharu pada Boeing 737 Max yang direka untuk memastikan pesawat tidak terhenti.
Sistem itu direka bagi mengelakkan pesawat daripada terus terbang terlalu tinggi, yang mana ia boleh menghilangkan daya angkatnya.
Tetapi siasatan yang dilakukan oleh Lion Air menunjukkan sistem anti-henti automatik berulang kali memaksa muncung pesawat turun lebih dari 20 kali.
Pakar pengawal selia dan pakar keselamatan Amerika Syarikat kini mempersoalkan bagaimana Persekutuan Penerbangan Amerika Syarikat dan Boeing memeriksa sistem anti-berhenti dan bagaimana juruterbang di seluruh dunia dilatih untuk menggunakannya apabila pesawat itu dibeli.
Hujung minggu lalu, laporan di The Seattle Times mendakwa bahawa beberapa analisis sebelum kemalangan itu mendapati bahawa sistem, yang dikenali sebagai Sistem Peningkatan Ciri-ciri Panduan, mendedahkan kelemahan-kelemahan yang penting.
Ia mendakwa bahawa pengurus-pengurus FAA telah mengarahkan jurutera keselamatannya untuk mewakilkan penilaian keselamatan kepada Boeing dan untuk meluluskan analisis yang dihasilkan.
Laporan tersebut juga mendakwa analisis yang dihasilkan oleh Boeing mengecilkan kuasa sistem kawalan dan ia boleh diubah semula dirinya setiap kali juruterbang bertindak balas.
Ini bermakna sistem itu boleh berulang-kali menolak muncung pesawat itu ke bawah. – MalaysiaGazette