Home Dunia Wanita cantik dipenjara seumur hidup selepas rancang bunuh suami

Wanita cantik dipenjara seumur hidup selepas rancang bunuh suami

Aurea Vázquez Rijos

TEXAS – Seorang wanita Puerto Rico dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah mengupah seorang lelaki untuk membunuh suaminya yang kaya 14 tahun lalu.

Aurea Vázquez Rijos, terbang ke Eropah selepas pembunuhan suaminya yang merupakan rakyat Kanada.

Aurea terbang ke Itali dan Sepanyol selepas melihat suaminya, Adam Anhang, ditikam di atas jalan di San Juan pada September 2005.

Ketika dalam bilik mahkamah, wanita itu dengan marah memberitahu ayah mangsa: “Saya harap anda bergembira sekarang”.

“Diam”, jawab bekas bapa mertuanya, Abraham Anhang, 80, selepas dia dituduh melakukan pembunuhan itu oleh menantunya yang juga bekas ratu cantik.

Aurea berkata: “”Saya kehilangan seorang lelaki yang saya suka, saya dibunuh. Sebahagian daripada saya sudah meninggal … Saya tidak bersalah dan masa akan membuktikannya”.

Dalam perbicaraan itu, yang diadakan di Mahkamah Persekutuan, berhampiran tempat mangsa dibunuh, hakim mencadangkan Aurea dikenakan hukuman penjara seumur hidup di Penjara Forth Worth, Texas.

Penyiasat berkata, Anhang, 32, seorang pemaju hartanah yang memiliki berjuta-juta dolar daripada permainan online dibunuh selepas dia mengisytihar untuk bercerai dengan tertuduh, enam bulan selepas berkahwin.

Mangsa dibunuh oleh seorang pekerja restoran yang diupah oleh Aurea yang berjanji untuk membayar sebanyak AS$ 3 juta (£ 2.3 juta) bagi jenayah yang diolah seperti tidak dirancang.

Aurea cedera ringan dalam serangan itu dan dia tidak disyaki sehingga seorang saksi tampil mendedahkan.

Saksi itu berkata, mereka telah melihat penyerang itu bercakap dengan Aurea selepas Anhang ditembak dan ditikam dengan kejam. – MalaysiaGazette