Home Nasional Jenazah dua rakyat meninggal di Lombok tiba hari ini

Jenazah dua rakyat meninggal di Lombok tiba hari ini

KUALA LUMPUR –  Seramai 17 orang mangsa gempa bumi di Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia akan diterbangkan pulang dengan menaiki penerbangan Air Asia AK309 yang dijangka tiba di klia2 hari ini.

Kementerian Luar turut mengesahkan mayat mendiang Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari yang sama, jam 5.10 petang ini.

Jenazah menaiki pesawat Garuda Indonesia GA816 serta diiringi oleh ahli keluarga.

“Kementerian Luar Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Republik Indonesia dan pihak-pihak berkuasa tempatan atas kerjasama baik yang telah diberikan kepada wakil Kedutaan Besar Malaysia serta bantuan yang telah dihulurkan kepada para mangsa yang terlibat
dalam bencana ini.

“Kementerian Luar Negeri ingin mengingatkan kepada warga negara Malaysia yang menetap atau melancong ke luar negara supaya mendaftarkan diri dengan pihak Perwakilan Malaysia di negara yang berkenaan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Manakala empat orang mangsa masih menerima rawatan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Mataram. – MalaysiaGazette