KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), sedang mempertimbangkan untuk menutup pejabat Londonnya bagi mengurangkan kos operasi, selain ketidakpastian United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.
Operasi berkos tinggi “mungkin tidak sesuai dengan Khazanah untuk masa terdekat ini, jadi kami akan menutup pejabat di London, Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan Khazanah
“Keputusan itu “tidak berkaitan sangat dengan Brexit tetapi lebih kepada perancangan kami,” katanya.
Khazanah merancang untuk mengurangkan aset-aset yang tidak menguntungkan berikutan kemerosotan nilai bersih portfolionya di tengah-tengah situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Khazanah juga akan mengurangkan operasinya di Turki kerana sudah mula keluar daripada pelaburan di negara itu.
Namun, operasinya di Amerika Syarikat dan China masih kekal penting kerana sayap pelaburan itu mempunyai minat yang tinggi dalam teknologi.
Shahril berkata, walaupun Khazanah akan memberi fokus kepada pertumbuhan aset-aset jangka panjang di Malaysia, ia tidak mempunyai rancangan untuk menarik keluar pelaburan di luar negara bagi mengoptimumkan risiko pulangan yang diselaraskan dalam tempoh 10 tahun. – MalaysiaGazette