KUALA LUMPUR – CIMB Bank (CIMB) dinobatkan sebagai Bank Digital Terbaik Malaysia 2018 dan Bank Runcit Terbaik di Malaysia pada majlis Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa dalam Perkhidmatan Kewangan Runcit 2019.
Anugerah itu dimenangi untuk tahun ketiga berturut-turut.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna CIMB Group, Samir Gupta juga dipilih sebagai ‘Ahli Bank Terbanik di Asia Pasifik 2019’ dalam majlis anjuran The Asia Banker.
Bank itu adalah kumpula perbankan terbesar di ASEAN kini disenaraikan antara 10 bank utama di Asia Pasifik dalam jadual Liga The Asian Banker.
Sebelum ini, ia berada pada tangga ke-17. – MalaysiaGazette