Home Nasional Bazar Rakyat tidak tutup, hanya tukar lokasi

Bazar Rakyat tidak tutup, hanya tukar lokasi

Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan tidak menutup aktiviti Bazar Rakyat di Lorong Tunku Abdul Rahman yang sering menjadi tumpuan orang Melayu dan India pada musim perayaan sebelum ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh sebaliknya berkata, melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bazar yang turut dikenali Bazar Ramadan dan Bazar Deepavali akan dipindahkan ke Jalan Raja di hadapan Bangunan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Beliau menjelaskan lokasi baharu tersebut dijangka lebih selesa, teratur dan terurus di bawah seliaan sepenuhnya oleh DBKL.

“Lokasi asal di Lorong Tuanku Abdul Rahman tidak lagi sesuai kerana pihak DBKL telah menerima bantahan dan aduan daripada pemilik-pemilik premis kedai di Kawasan tersebut.

“Selain itu terdapat beberapa isu lain yang dibangkitkan seperti laluan masuk premis kedai berhampiran terhalang dan terganggu, kesesakan lalu lintas yang diakibatkan oleh banyak kenderaan masuk ke Kawasan tersebut.

“Pada masa sama, turut timbul isu kebersihan persekitaran dengan longgokan sampah-sarap ekoran peningkatan jumlah pengunjung,” katanya.

Penjelasan itu dibuat Khalid dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis. – MalaysiaGazette