SINGAPURA – Harga minyak stabil hari ini disokong oleh pengurangan bekalan oleh OPEC dan sekatan Amerika Syarikat ke atas minyak Iran dan Venezuela.
Bagaimanapun, para penganalisis memberi amaran bahawa terdapat tanda-tanda kelembapan ekonomi dunia yang akan menjejaskan pasaran minyak mentah.
Kontrak hadapan minyak mentah didagangkan kepada AS$67.46 setong pada 0110 GMT, naik 0.4 peratus berbanding harga penutup.
Manakala West Texas Intermediate pula diniagakan sebanyak AS$59.31 setong, naik 0.8 peratus.
Harga minyak telah dipacu pada tahun ini oleh usaha OPEC dan sekutunya termasuk Rusia dengan menghadkan pengeluaran kira-kira 1.2 juta tong sehari bagi meningkatkan kembali harga emas hitam itu. – MalaysiaGazette