Thursday, November 14, 2024
Home Nasional Straits Times perbesarkan isu, kita nak bergaduh pasal apa? – Anwar

Straits Times perbesarkan isu, kita nak bergaduh pasal apa? – Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menjelaskan kenyataan anaknya, Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas diktator merupakan temubual yang telah lama dibuat.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu itu sengaja diperbesarkan media asing kerana ia baru disiarkan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menyifatkan akhbar Singapura sengaja memperbesarkan kenyataan Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Kenyataan itu dibuat sudah lama dan baru dilaporkan oleh The Straits Times Singapura. Ada suara di keliling terus buat serangan. Saya fikir tumpuan kita adalah ekonomi,”

“Namun saya faham konteksnya namun sudah lama dan dibesarkan The Straits Times Singapura, kita hendak gaduh pasal apa,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Jumaat lalu,The Straits Times, Singapura menyiarkan rakaman video temubual Nurul Izzah dalam wawancara yang menyifatkan Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi PH itu. – MalaysiaGazette