Home Nasional Adib keluar sendiri dari van EMRS – Pakar Forensik

Adib keluar sendiri dari van EMRS – Pakar Forensik

Lawatan Mahkamah Koroner untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai lokasi kejadian rusuhan dan punca kematian Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim di Balai Bomba Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 12 FEBRUARI 2019.

SHAH ALAM – Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dipercayai keluar sendiri dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) semasa rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman malam 27 November lalu.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Doktor Ahmad Hafizam Hasmi memberitahu Mahkamah Koroner, pandangan beliau itu konsisten dengan kecederaan di bahagian belakang pinggang anggota bomba tersebut yang didapati telah terkena satu bahagian pengundi pintu van itu.

“Berdasarkan soalan peguam, pandangan saya terhadap kecederaan  (garis di pinggang),  si mati keluar sendiri dari kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya peguam  mewakili mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Shazlin Mansor sama ada pendiriannya konsisten atau tidak mengenai Adib ditarik atau sebaliknya.

Ahmad Hafizam turut ditunjukkan di dalam mahkamah  baju uniform bomba dengan tiga butang (1,2,4) tercabut. 

Pakar forensik yang menjalankan bedah siasat terhadap Muhammad Adib pada 18 Disember lalu berkata, keadaan itu (butang tercabut) tidak bermakna kesan ditarik atau dipaksa keluar dari EMRS.

Selain menyifatkan sukar untuk menarik seseorang keluar dari van walaupun dengan pintu yang sedikit terbuka, jelasnya lagi,  tiada kecederaan akibat tarikan baju di lehernya. 

“Yang pertama adalah sangat sukar untuk menarik seseorang yang duduk di dalam kenderaan di bahagian hadapan walaupun pintu terbuka. Malah baju itu juga katanya lagi tiada kesan koyak. 

“Jika berdasarkan tiga butang yang tercabut sepatutnya bukan kesan butang tercabut ada yang koyak.

“Kawasan yang mempunyai sentuhan di leher terutamanya akan menyebabkan geseran yang mana tidak dijumpai kecederaan seperti itu pada si mati,” ujarnya. 

Dr Ahmad Hafizam Hazmi merupakan saksi inkues kematian Muhammad Adib paling lama memberi keterangan yang akan bersambung Khamis nanti.

Sepatutnya beliau dikehendaki menyambung keterangannya esok, namun memaklumkan mahkamah tidak dapat berbuat demikian atas urusan rasmi.

Beliau yang merupakan saksi ke-24 telah memberikan keterangannya  sejak Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Wahai anggota BOMBA..x yah ler sokong kerajaan PH lagi…Depa X pernah nak bela nasibbko org

Comments are closed.