ENGLAND – Manchester United akan berdepan Barcelona dalam aksi Suku Akhir Liga Juara juara Eropah selepas menyingkir Paris DSint Germain dalam pusingan ke-16 dua minggu lalu secara luar biasa.
Namun secara realistik, peluang United terhadap the Catalans dilihat sukar.
Kekuatan serangan yang dimiliki Barcelona akan menyebabkan mana-mana lawannya ‘menderita’ atas padang.
Manakala dengan jentera serangan yang dibarisi Luis Suarez dan Lionel Messi, pasukan gergasi La Liga Sepanyol itu memiliki bona fide sebagai mesin menjaringkan gol.
Lagi pun, menyekat kemaraan Messi merupakan kunci utama the Red Devils untuk melepasi Barcelona ke pusingan separuh akhir.
The Red Devils nampaknya sudah ada pelan untuk menyekat Messi di atas padang.
Lagenda pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson pernah menundukkan Barcelona untuk menjulang Piala berprestij Eropah itu pada musim 2008 tetapi tewas dalam dua temasya perlawanan akhir kepada the Catalans pada tahun 2009 dan tahun 2011 dengan Messi menjadi ancaman utama.
Ekoran kekalahan pada 2011 Ferguson berazam untuk tidak membenarkan superstar itu sekali lagi mengecewakan Manchester United apabila bertanding ke Old Trafford pada 6 April ini.
Ferguson dikatakan sedang merangka pelan untuk menyekat kemaraan Messi dan rakannya, Suarez.
“Kamu perlukan bek pertahanan tengah yang bersedia untuk mengawal Messi di sudut kanan dan tidak merisaukan apa yang berlaku di belakang mereka.
“Berbanding bahagian tengah, dia lebih bebas bergerak di sayap kanan padang dengan bola tanpa ancaman lawan,” tulis Ferguson dalam autobiografi beliau dari tahun 2013.
Selepas inkues itu katanya:”Saya memberitahu diri saya sendiri bahawa apabila kita berdepan Barcelona sekali lagi dalam perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah, saya mahu meletakkan Jones dan Smalling atau smalling dan Evans di sayap atas kanan yang sentiasa jadi sasaran Messi.
“Saya akan memastikan dia tidak lagi menyeksa kita lagi,” tegasnya.
Kini Ole Gunnar Solskjaer yang mengendalikan pasukan sebagai pengurus semenytyara mempunyai peluang keemasan untuk membawa menghargai kata kata bekas pengurus itu dan menurunkan Phill Jones dan Chris Smalling di bek pertahanan terhadap Messi.
Skuad Solskjaer akan menerima kunjungan Barcelona ke Old Trafford untuk aksi pertama suku akhir sebelum perlawanan timbal balik di Nou Camp pada 16 April ini.
Man United diyakini mampu mengejutkan Barcelona seperti yang dilakukan ke atas Paris Saint Germain. – MalaysiaGazette