Home Sukan Khabib sindir Conor

Khabib sindir Conor

Khabib Nurmagomedov  (kiri) akan bertarung bertarung sekali lagi dengan Conor McGregor pada tahun depan.

LONDON – Juara Lightweight Dunia, Khabib Nurmagomedov menyindir musuh utamanya, Conor McGregor apabila memuat naik status di Twitter.

FOX Sport melaporkan, Khabib telah memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen “hanya ada satu raja di rimba.”

Tweet itu dikongsi selepas pengumuman persaraan McGregor kelmarin.

Status Khabib itu menarik perhatian ramai sehingga ia menerima lebih 13,000 ulang kicau.

Sementara itu, pengumuman persaraan McGregor di Twitter miliknya menerima lebih 80,000 perkongsian daripada pelayar laman sosial itu.

“Saya ingin membuat pengumuman, saya akan bersara daripada sukan MMA hari ini,” tulisnya.

Pada Oktober tahun lalu, dua peninju itu digantung Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC) susulan pergaduhan sewaktu saingan UFC.- MalaysiaGazette